Perkembangan Terkini

Sunday, April 18, 2010


Asalamualaikum & Salam Sejahtera

Dalam 2 bulan kebelakangan nie seperti biasa aku amat sibuk dengan kerja - kerja hakiki aku di OUM ... Walaubagaimanapun , perusahaan dan penternakan itik ku masih dalam pemantaun yang sewajarnya dengan masa yang aku lapangkan diantara 6 ke 8 jam seminggu ....

Setakat ini , Alhamdulillah segala perancangan aku berjalan dengan lancar ... Buat masa ini , jumlah telur yang di kutip antara 110 sehingga 138 biji sehari dan aku berharap sangat angka tersebut akan mencecah 150 biji sehari
Antara perkembangan terkini yang berlaku ialah rumah rehat aku yang hampir siap ... Aku berpendapat dengan siapnya rumah tersebut dapatlah aku meluangkan masa yang lebih di tapak projek dan memantau sendiri proses penjagaan itik - itik ku tanpa mengharapkan penglibatan pekerja secara 100% .cuti yang ku nantikan

'Plan' aku sebelum nie untuk menambah bilangan itik sedia ada sehingga 2000 ekor juga masih menepati masa yang aku tetapkan sendiri ... Sehingga kini , bilangan itik di kandang aku telah mencapai 1300 ekor ... InsyaAllah sehingga hujung bulan nie , 600 ke 700 ekor lagi akan dimasukkan ke ke tapak projek ...
Terima kasih aku ucapkan kepada En Rashid Samsuddin & Isteri , Usahawan Itik berjaya di Tawau yang sentiasa meluangkan masa melawat tapak projek ku dan memberikan nasihat - nasihat yang berguna ... Begitu juga dengan penglibatan saudara Iramsah Ismail , penyelaras program Bumi Hijau dari Jabatan Haiwan & Perusahaan Ternak atas bantuan dan sokongan yang diberikan .

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP