Salam Dari Penternak Muda Lahad Datu

Thursday, October 7, 2010




Pada 03 hb lalu , aku dan seorang rakan telah bergerak ke Lahad Datu untuk menghantar tempahan itik sebanyak 120 ekor . Tempahan ini adalah dari seorang penternak muda yang bernama En Abdullah yang mana menjalankan perusahaan penternakan di Kampung Terusan Lahad Datu .
Alhamdulillah perjalanan selama satu jam setengah dari Tawau ke Lahad Datu tidak mempunyai apa2 halangan dan kesemua itik yang dibawa selamat sampai ke tempat En Abdullah .
Sebelum penghantaran ini , En Abdullah sendiri telah datang ke tapak projek ku di Quin Hill dan aku telah membekalkan lebih kurang 80 ekor anak itik pada masa tersebut . Kedatangan kami ke Lahad Datu melengkapkan jumlah ternakan anak itik En Abdullah kepada 200 Ekor .

En Abdullah sebelum ini telah menjalankan projek ternakan ayam kampung jenis 'TEXAS' dan projek beliau telah berkembang maju dengan pada masa ini mempunyai lebih kurang 300 ekor ayam jenis itu . Projek terbaru beliau ternakan itik ini dijalankan serentak bersama - sama dengan ternakan kambing dengan persediaan kandang kambing yang menelan belanja RM 30,000 . Semoga projek ternakan En Abdullah akan terus berkembang maju dan syabas kepada beliau kerana berani mencuba perusahaan penternakan secara komersial .

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP