Taklimat Program Penternakan Bumi Hijau

Friday, September 11, 2009


Pada 10 / 09 / 09 baru2 nie , melalui program yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak ( JPHPT ) Tawau , telah diadakan sebuah bengkel kepada para penternak khususnya yang telibat dengan Program Penternakan Bumi Hijau bagi penternak yang berada di daerah Tawau . Keistimewaan program Penternakan Bumi Hijau ini ialah setiap ahli yang terpilih akan mendapat bantuan anak itik sebanyak 25 ekor bagi setiap penternak selain ubat - ubatan asas bagi memulakan perusahaan .

Taklimat ini telah diadakan di Open University Malaysia ( OUM ) Pusat Pembelajaran Tempatan ( PPT ) Tawau . Selain dari taklimat Dr Lim Khun Hiong , Pegawai Penguasa JPHPT Tawau , pihak OUM telah diberi pengisian slot untuk memperkenalkan dan mempromosikan OUM kepada peserta yang terlibat dan aku sendiri telah menjalankan tanggungjawab tersebut . Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 2.00 petang . Program seumpama ini telah memberikan banyak manfaat terutama kepada para penternak baru dan pengalaman serta pendedahan yang diberikan diharap dapat membantu mereka - mereka yang terlibat .




Read more...

Hari Yang Memenatkan Vs Hari Yang Menceriakan

Tuesday, September 8, 2009




Pada 6 hb baru - baru nie , selapas berbuka puasa lebih kurang , aku terima panggilan dari seorang kakitangan JPHPT Tawau . Ringkas saja panggilan dia ' anda dikehendaki berada di Simpang 3 Semporna Tawau Jam 9 malam ini untuk sambut kedatangan kambing bantuan anda ' . Selama nie , aku biasa sambut kedatangan orang kat 'airport' or stesen bas jak , 1st time lah nie aku diminta sambut kedatangan kambing plak ...

Tanpa banyak cerita aku dan seorang kawan pun bergegas ke tempat yang dimaksudkan lebih kurang 50 km dari bandar tawau .. sampai kat sana , banyak dah penternak menunggu bantuan sepertimana yang dijanjikan ... dari pukul 9 malam kami tunggu , jam 12.30 pagi baru lah kambing2 yang dijanjikan datang . Itupun hanya 3 lori ... Lori2 yang lain 'Missing In Action' . Nasib baik lah antara 3 lori tersebut , salah satunya adalah muatan kambing bantuan yang di 'list' kan untuk aku .

Malam tersebut benar2 sesuatu yang memenatkan . Kerja menurunkan2 kambing2 tersebut di kandang ku yang terletak 30 km dari tempat pertemuan berakhir lebih kurang jam 4 pagi . Walaubagaimanapun , kepenatan aku tue berbaloi bila melihat kambing2 yang aku terima sihat2 belaka . Aku ceria sangat dan bersyukur apatah lagi bila mendengar khabar dari penternak2 lain yang masih menunggu sehingga 4 pagi tetapi terpaksa pulang dengan perasaan hampa bila kambing bantuan yang dijadualkan sampai tak nampak bayang pun .






Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP