Projek Terbaru

Tuesday, April 20, 2010

Salam Pada Semua

Kali nie aku nak cerita sedikit pasal ayam kampung kacukan ... Bibit ayam nie di keluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak ( JPHPT ) yang berpusat di Bantayan , TUARAN . Ayam jenis ni merupakan kacukan yang dilakukan oleh pihak JPHPT antara ayam kampung tulen dan ayam telur ... So , bila dah besar , ayam kampung jenis ini lebih berisi dan jauh lebih gemuk dari ayam kampung yang tulen ...

Semasa aku berkursus di Bantayan , Tuaran pada  Oktober tahun lepas , aku sempat mendapatkan bibit ayam kampung kacukan nie sebanyak 80 ekor ...
Alhamdulilah , hari nie selepas 6 bulan , ayam aku yang berjumlah 60 ekor( yang selebihnya disembelih dan ada juga yang syahid di dalam kehidupan hehehe ) telah berhasil mengeluarkan telur .... Sebagai langkah awal untuk menambah bilangan ayam kacukan yang sedia ada , semua telur yang terhasil lebih kurang 13 biji sehari ( setakat hari ini ) dimasukkan terus ke inkubator bagi tujuan pengeraman .

InsyaAllah , kalau dipermudahkan rezeki oleh Allah SWT , selain dari membekal itik , aku juga berharap akan menjadi pembekal telur  dan baka ayam kampung kacukan ini suatu hari nanti .



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP