Selepas Kambing Kepada Itik Pula

Wednesday, September 2, 2009








Atas khidmat nasihat dari saudara Iramsah (Kakitangan Jabatan Haiwan & Perusahaan Ternak Tawau) , akhirnya berdiri juga kandang itik saya bersebelahan dengan kandang kambing yang sedia ada . Buat permulaan 250 ekor itik telah diperolehi dan mungkin dalam masa terdekat ini akan bertambah sekiranya inkubator buatan sendiri berjaya menetaskan telur sebanyak 150 biji insyaAllah .

Read more...

Potensi Perusahaan Ternakan Kambing Di Daerah Tawau

Tuesday, September 1, 2009









Salam Ramadhan kepada semua ...




Semoga ramadhan kali ini akan mendatangkan keberkatan yang berlipat kali ganda diatas segala amal yang kita laksanankan sempena bulan yang mulia ini . Memandangkan ramadhan dah masuk minggu pertengahan , tak lama lagi syawal pula akan menjelang tiba . Kedatangan syawal setiap tahun adalah pintu rezeki yang paling dinantikan oleh pelbagai golongan usahawan antaranya ialah usahawan yang menjalankan aktiviti penternakan .




Memandangkan saya baru berkecimpung di bidang ini ( penternakan kambing & itik ) , syawal kali ini tak dapat lagi lah nak mendapatkan hasilnya ... InsyaAllah , syawal pada tahun hadapan akan lebih bersedia .

Penternakan Kambing di Daerah Tawau pada masa ini nampaknya masih berada di tahap sederhana . Kebanyakan perusahaan tersebut adalah untuk pasaran tempatan sahaja itupun masih tidak mencukupi . Atas ininsiatif ini lah saya bersama - sama saudara Ryzan Denata ( pemilik My Ranggu Farm ) mengusahakan perusahaan ternakan kambing ini .

Diatas tanah keluarga seluas 58 ekar bertempat di Bukit Quin Hill Tawau , saya telah menyediakan kandang kambing berdasarkan spesifikasi yang diberikan oleh Jabatan Haiwan & Veterinar Tawau . Buat permulaan , saya telah menempatkan 7 ekor kambing betina dan 1 induk jantan yang diperolehi dari Saudara Rahman Kadir dan Alhamdulillah 4 ekor daripada kambing betina tersebut dalam masa terdekat ini akan melahirkan anak .

Melalui kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Haiwan & Perusahaan Ternak Tawau , bantuan akan diperolehi dibawah skim pawah penternakan iaitu 20 ekor induk betina dan 1 induk jantan yang dijadualkan pada 7hb ini . Terima kasih atas usaha pegawai2 Jabatan Haiwan & Perusahaan Ternak Tawau terutama Puan Pengarah Dr Lim dan staf sokongan beliau saudara Iramsah . Semoga perkhidmatan cemerlang yang diberikan akan memberikan kesan positif kepada perkembangan ekonomi para usahawan ternak yang ada khususnya di daerah Tawau ......

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP