Penangan Baja Tahi Itik

Saturday, October 2, 2010

Salam Semua

Kali nie aku nak kongsi sikit berkenaan buah 'kepayas' yang tanam didalam kawasan kandang itik ku . Pada mulanya aku taklah ambil berat sangat , tapi lama kelamaan perbezaan betul2 ketara jika dibandingkan dengan pokok - pokok 'kepayas' yang aku tanam di luar kawasan kandang ku . Akibat daripada tahi itik yang menjadi baja dan menyuburkan tanah tue , boleh dikatakan setiap pokok 'kepayas' yang aku tanam mengeluarkan buah hampir 60 ke 80 biji sepokok . So , pada rakan2 yang ingin atau sedang menjalankan perusahaan ternakan itik nie , mungkin korang boleh tanam banyak2 pokok buah - buahan disekitar kawasan ternakan . Boleh juga menambah penghasilan selain dari telur masin kan .


Read more...

Perkembangan Projek Ternakan Itik

Friday, October 1, 2010

Dalam 5 bulan kebelakangan nie , walaupun aku agak senyap di blog tetapi x bermakna projek ternakan sedia ada ku pun turut senyap hehehe . Alhamdulillah , di dalam kesibukan ku terhadap tugas hakiki ku di OUM , aku masih dapat mengekalkan komiten ku terhadap projek ternakan itik ku walaupun pada tahap optimum .

Pada masa ini , ternakan itik ku di Bukit Quin Hill telah mencapai 1000 ekor dengan 800 daripadanya adalah itik betina yang mana menjadi sasarn kepada semua pengusaha itik penelur yang berorientasikan pasaran telur masin . Itik jantan ku sebelum ini ada lebih kurang 400 ekor , tetapi bagi mengurangkan kos makanan , separuh daripada jumlah itu telah pun ku jual di pasaran tempatan .

Setakat nie jumlah tertinggi telur itik yang dapat ku hasilkan ialah 245 biji sehari , dan jumlah itu insyaAllah akan bertambah tidak lama lagi sekiranya 400 ekor lagi itik betina aku cukup matang untuk bertelur . Aku cuma berharap agar cuaca hujan kebelakangan ini di Bukit Quin akan berkurang kerana sedikit sebanyak perubahan cuaca dan kekerapan hujan boleh menjejaskan bilangan telur yang dihasilkan oleh itik - itik ku .

Read more...

Sambung Kembali

Tuesday, September 28, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Rakan - Rakan Penternak Sepejuanganku ...

Kesibukan terhadap tugas hakiki ku di OUM membuatkan aku sedikit terabai dengan bog ku ini ... Terima kasih di atas galakan dari rakan - rakan penternak semua yang selalu menghubungi ku dan bertanyakan berkenaan dengan blog ku ini yang sekian lama tidak dikemaskini ... InsyaAllah , dalam masa terdekat nie akan banyak info yang dapat aku muatkan

Mungkin tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada rakan - rakan seperjuanganku yang beragama islam ... Semoga anda semua diberkati dan dimuliakan oleh Allah S.W.T .

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP