Cuti Yang Ku Nantikan

Tuesday, February 16, 2010









Tahun baru cina baru - baru nie memang sesuatu yang amat aku nantikan ... 12 hb lagi aku dah mohon cuti siap - siap cos aku nak hantar tempahan itik sebanyak 500 ekor yang di minta oleh seorang pengusaha itik di Sandakan ... Family aku semua ke KK ... Ye lah kan , tengah time cuti , tapi bagi aku cuti nie lah masa untuk aku meluangkan sepenuhnya kat kebun dan kandang itik ku ....

Alhamdulillah , tempahan itik yang aku terima semakin memberangsangkan dan perkara yang amat mengembirakan , itik aku dah start bertelur hehehe ... Setakat nie dah 16 biji sehari dan dalam tempoh sebulan nie aku mensasarkan 120 ke 150 biji sehari walaupun itik betina aku sebenarnya dah ada 200 ekor ... Itik Jantan ada lebih kurang 120 ekor dan siap sedia untuk dijual bagi tujuan daging ...

InsyaAllah , kalau target aku tue tercapai , akan masuk lagi sebanyak 300 ekor anak itik hasil dari inkubator aku sendiri ....

Read more...

Selamat Menyambut Tahun 2010

Friday, January 1, 2010


Yesterday Is A History , Tomorrow Is A Mystery But Today Is A Gift ... Tahun 2009 dah tinggal kenangan ... Semoga segala kenangan dan sejarah yang dilalui sepanjang tahun 2009 ini akan menjadi suatu hadiah hari ini kepada kejayaan kita dalam melalui tahun 2010 dan tahun - tahun akan datang ... InsyaAllah ....


Wasallam ...

Read more...

Program Pembangunan Minda Rakyat

Tuesday, December 15, 2009


Salam Kepada Semua Pengunjung blog ini .... Sebuah program kendalian Pejabat Pembangunan Negeri Sabah telah diadakan baru - baru ini bertempat di Hotel King Park Tawau ... Program ini dihadiri oleh penduduk - penduduk kawasan Kalabakan & Merotai dengan mensasarkan kepada mereka yang berpendapatan sederhana ... Seramai 40 orang telah terlibat dengan intipati program lebih kepada taklimat perusahaan ternakan itik ... Penyelaras program Tuan Hj Mohd Iqbal Hj Khalid telah menjemput Dr Lim Khun Khiong , pegawai penguasa Jabatan Penternakan Haiwan & Perusahaan Ternak Tawau dan aku sendiri selaku penternak untuk memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman berkenaan perusahaan itik ini ... Alhamdulillah , maklumbalas yang diterima daripada peserta program amat menggalakkan dengan minat serta pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada kami ... Tuan Hj Mohd Iqbal demi merangsang semangat para peserta telah memperuntukkan masa selama 4 jam untuk membawa para peserta ke kawasan ternakan itik ku yang bertempat di Batu 28 Queen Hill Tawau ... Semoga program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan mencapai matlamatnya untuk merubah hidup peserta yang terlibat ....

Read more...

Saat Menyambut Kehidupan Baru

Saturday, December 5, 2009

Salam ... Alhamdulillah , setakat ini perancangan aku dalam memenuhi permintaan baka itik berjalan sepertimana yang dirancangkan ... Salah satu daripada inkubator aku telah mula menetaskan anak itik ... Walaupun dari segi pengiraan hari menetas adalah pada 07 hb Disember ini , sesuatu yang masih baru bagi aku bila telur yang dieramkan menetas dua hari lebih awal ... Disini aku kongsikan rakaman visual yang sempat aku ambil memaparkan saat - saat penetasan itik di inkubator milik ku ....

Read more...

Sekilas Pandang Aktiviti Oktober - November

Wednesday, December 2, 2009

Sekarang dah masuk bulan Disember dan kurang dari sebulan lagi kita akan menyambut ketibaan tahun 2010 ... Bulan Oktober & November yang lalu benar - benar merupakan bulan yang amat memenatkan bagi aku ... Banyak aktiviti - aktiviti yang aku lalui samaada yang telah dirancang terlebih dahulu mahupun sebaliknya ... Disini aku kongsikan sedikit sebanyak melalui gambar yang sempat aku ambil walaupun banyak lagi yang tidak dapat aku paparkan .








Read more...

Selamat Hari Raya Aidiladha

Monday, November 30, 2009


Salam Kepada Semua ...

Oleh kerana terlalu 'Buzy' dengan kerja menyebabkan aku tak dapat nak update sebarang aktiviti aku dalam dua bulan kebelakangan nie ..InsyaAllah dlm masa terdekat nie adalah kelapangan untuk aku berbuat demikian ... Walaubagaimanapun , rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam .. Semoga Ibadat Qurban yang kita laksanakan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T ...

Aminnnn

Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Saturday, September 19, 2009


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada saudara2 ku umat islam yang melayari blog ini . Bersama - sama lah kita menyambut hari kemenangan & kebesaran kita dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran .

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP