Program Pembangunan Minda Rakyat

Tuesday, December 15, 2009


Salam Kepada Semua Pengunjung blog ini .... Sebuah program kendalian Pejabat Pembangunan Negeri Sabah telah diadakan baru - baru ini bertempat di Hotel King Park Tawau ... Program ini dihadiri oleh penduduk - penduduk kawasan Kalabakan & Merotai dengan mensasarkan kepada mereka yang berpendapatan sederhana ... Seramai 40 orang telah terlibat dengan intipati program lebih kepada taklimat perusahaan ternakan itik ... Penyelaras program Tuan Hj Mohd Iqbal Hj Khalid telah menjemput Dr Lim Khun Khiong , pegawai penguasa Jabatan Penternakan Haiwan & Perusahaan Ternak Tawau dan aku sendiri selaku penternak untuk memberikan taklimat dan berkongsi pengalaman berkenaan perusahaan itik ini ... Alhamdulillah , maklumbalas yang diterima daripada peserta program amat menggalakkan dengan minat serta pertanyaan demi pertanyaan yang diajukan kepada kami ... Tuan Hj Mohd Iqbal demi merangsang semangat para peserta telah memperuntukkan masa selama 4 jam untuk membawa para peserta ke kawasan ternakan itik ku yang bertempat di Batu 28 Queen Hill Tawau ... Semoga program seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dan mencapai matlamatnya untuk merubah hidup peserta yang terlibat ....

6 comments:

Unknown December 19, 2009 at 12:18 AM  
This comment has been removed by the author.
Unknown December 19, 2009 at 12:21 AM  

salam en Jeffry...saya org kunak dan berminat tuk menjalankan penternakan itik telur ni...tapi masalahnya adakah bantuan akan diberikan oleh pihak yang berkaitan contohnya baka ataupun bahan spt pagar tuk jalankan perusahaan ini...adakah juga kerajaan akan memberikan bantuan kewangan bagi mereka yg baru ingin memulakan penternakan itik ini?

jff December 21, 2009 at 3:01 PM  

Salam Said ... Kebiasaannya , tiada bantuan sedemikian diberikan ... Saya sendiri pun memulakan penternakan itik ini dengan ininsiatif sendiri ... Saudara jangan gunakan modal yang terlalu tinggi , buat mengikut kemampuan yang kita ada ... Contoh yang saya perolehi , seorang penternak di Tawau memulakan penternakan itik ini hanya dengan 40 ekor sahaja , dan dalam masa 2 tahun , skrg beliau mempunyai 1,500 ekor ... So , buatlah semudah mungkin :)

Unknown December 23, 2009 at 5:44 PM  

adakah pulangan yg kita akan dapat berbaloi dari segi modal dan adakah ianya lumayan? makanan apa yg en Jeff bagi pada itik?

jff December 23, 2009 at 10:10 PM  

En Ashrant ... pengiraan atas kertas amat berbaloi ... lawatan saya ke beberapa pusat penternakan itik juga amat memberangsangkan ... sekiranya saudara berminat untuk mengetahui lebih lanjut , saya sudi meluangkan masa bersama saudara sekiranya saudara ada kelapangan masa berada di Tawau

Unknown December 27, 2009 at 1:56 PM  

terima kasih en Jeffry...insyaAllah dalam bln 3 ni saya akan balik sabah. saya sangat berminat untuk datang melawat ladang ternakan itik en Jeff.

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP