Perkembangan Projek Ternakan Itik

Friday, October 1, 2010

Dalam 5 bulan kebelakangan nie , walaupun aku agak senyap di blog tetapi x bermakna projek ternakan sedia ada ku pun turut senyap hehehe . Alhamdulillah , di dalam kesibukan ku terhadap tugas hakiki ku di OUM , aku masih dapat mengekalkan komiten ku terhadap projek ternakan itik ku walaupun pada tahap optimum .

Pada masa ini , ternakan itik ku di Bukit Quin Hill telah mencapai 1000 ekor dengan 800 daripadanya adalah itik betina yang mana menjadi sasarn kepada semua pengusaha itik penelur yang berorientasikan pasaran telur masin . Itik jantan ku sebelum ini ada lebih kurang 400 ekor , tetapi bagi mengurangkan kos makanan , separuh daripada jumlah itu telah pun ku jual di pasaran tempatan .

Setakat nie jumlah tertinggi telur itik yang dapat ku hasilkan ialah 245 biji sehari , dan jumlah itu insyaAllah akan bertambah tidak lama lagi sekiranya 400 ekor lagi itik betina aku cukup matang untuk bertelur . Aku cuma berharap agar cuaca hujan kebelakangan ini di Bukit Quin akan berkurang kerana sedikit sebanyak perubahan cuaca dan kekerapan hujan boleh menjejaskan bilangan telur yang dihasilkan oleh itik - itik ku .

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP