Taklimat Program Penternakan Bumi Hijau

Friday, September 11, 2009


Pada 10 / 09 / 09 baru2 nie , melalui program yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak ( JPHPT ) Tawau , telah diadakan sebuah bengkel kepada para penternak khususnya yang telibat dengan Program Penternakan Bumi Hijau bagi penternak yang berada di daerah Tawau . Keistimewaan program Penternakan Bumi Hijau ini ialah setiap ahli yang terpilih akan mendapat bantuan anak itik sebanyak 25 ekor bagi setiap penternak selain ubat - ubatan asas bagi memulakan perusahaan .

Taklimat ini telah diadakan di Open University Malaysia ( OUM ) Pusat Pembelajaran Tempatan ( PPT ) Tawau . Selain dari taklimat Dr Lim Khun Hiong , Pegawai Penguasa JPHPT Tawau , pihak OUM telah diberi pengisian slot untuk memperkenalkan dan mempromosikan OUM kepada peserta yang terlibat dan aku sendiri telah menjalankan tanggungjawab tersebut . Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah berakhir pada jam 2.00 petang . Program seumpama ini telah memberikan banyak manfaat terutama kepada para penternak baru dan pengalaman serta pendedahan yang diberikan diharap dapat membantu mereka - mereka yang terlibat .




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP